Thursday, May 28, 2009

Al-Fatihah


Hari selasa lepas aku balik kampung mengejut. Aku dapat call dari abang mengatakan yg ayah call bagitau tok aku meninggal. So kami adik beradik semua bertolak balik kampung petang tu jugak. Kami semua berkumpul dekat rumah kakak aku di Wangsa Maju dan bertolak balik dalam pukul 8.00 malam.

Nasib baik tak hujan so perjalanan kami semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Kami sampai di permatang simpur, bandar bahru dalam pukul 12.00 malam. Tapi kami semua tak sempat berjumpa dengan arwah tok sebab mereka dah kebumi kan dia dalam pukul 6.45 petang. Rasa terkilan tu ada juga sebab tak sempat nak menatap wajah tok buat kali terakhir. Takpalah..semoga tok bersemadi dengan aman dialam sana dan Allah akan menempat kan tok bersama -sama dengan orang2 yang beriman....amin.

Tak lama mana kami balik kg...keesokan nye kami semua bertolak balik ke KL balik sebab masing2 kerja dan anak2 sekolah dan ada yg tak bawa anak2 balik sebab mereka ada exam...

Tok akan berada didalam kenangan kami semua cucu2 tok ni...
Posted by Picasa