Friday, April 10, 2009

Kesian alicia....


sian alicia...terus tidur lepas kejadian tu...


Aku baru lepas terkena kejutan elektrik (not really)...huwaaaaa.....huhuhu..aku takkan maafkan diri aku kalau terjadi apa-apa pada alicia. Tadi aku bawa alicia pergi main dekat rumah william. Waktu itu william tengah main lari-lari dengan amah dia dan juga kakak dan abang dia. Alicia plak tengah main trampolin (betul ke aku eja) dengan norman.

Sebelum tu mata aku memang memandang norman dan alicia aja sebab aku tau bahaya nye bila main trampolin (alah benda lompat2 tu...) . Aku berpaling kejap aja nak tengok william tengah buat somersult tiba-tiba aku terdengar alicia menangis. Aku tak sempat tengok apa yang terjadi. Yang aku tau waktu itu dia sangat sakit dan tak boleh bernafas, dia menangis tersekat-sekat sebab tak boleh berfas. Muka dia dah bertukar jadi biru.

Aku dah panik dan terus berlari kerumah sambil dukung dia dan menjerit panggil hubby aku. Alicia dah lembik longlai, aku dah tak tau apa nak buat...air mata tunggu masa nak keluar aja... :( . Balik rumah aku menjerit panggil mama minta tolong...norman pun sama gabra dengan aku bila tengok adik dia dalam keadaan sakit. Aku tanya dia apa yg terjadi, dia cakap tak tau...dia cuma nampak alicia jatuh tertiarap atas trampolin tu...

Alhamdulillah lepas beberapa minit dia dah boleh bernafas dan reda sikit dari menangis. Muka dia pun dah bertukar merah sikit....tapi still terkejut aku rasa....dah lah hari ni dia tak tidur so badan letih sama...lepas aku bagi minum susu dia terus tertidur....kesian alicia..aku harap takde apa-apa berlaku. Mama cakap esok kalau dia kencing cuba tengok kalau-kalau ada darah keluar sekali dengan kencing dia...takut ada bleeding ke apa ke kat dalam perut dia sebab kat situ yang dia sakit tadi....

Ni dia dah tidur dah...pukul 6.30 tadi, agaknye sampai pagi esok kot dia tidur..harap-haraplah..

Posted by Picasa