Sunday, March 29, 2009

Al - Fatihah

Kematian doktor pakar: polis tolak unsur jenayah

29/03/2009 8:37pm

KUALA LUMPUR 29 Mac — Polis hari ini menolak wujud unsur jenayah berhubung kes kematian dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri di Bukit Tabuh, Ampang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamiluddin berkata hasil laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur juga mendapati tiada kesan kecederaan pada badan kedua-dua mereka yang boleh disabit dengan perbuatan jenayah.
“Tidak ada unsur jenayah walaupun terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mangsa tetapi itu kesan akibat terjatuh dari lereng bukit. Kami juga tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Dr Haliza Mohd Shafie, 53, dan Dr Amin Tai Abdullah, 57, mendapati mereka mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 180 hingga 200 meter.
Amiruddin berkata kedua-dua mereka mengalami kecederaan teruk di kepala dan leher serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian anggota badan yang lain.
“Kami dapati Dr Amin Tai mengalami patah tulang leher. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.
Semalam, Dr Haliza dan Dr Amin Tai ditemui mati oleh pasukan penyelamat di Bukit Tabuh, Taman Melawati dekat Ampang di sini selepas dilapor hilang sejak Rabu lepas.
Mayat kedua-dua mereka ditemui pada pukul 2.15 petang semalam, kira-kira enam meter antara satu sama lain.
Dr Haliza dan Dr Amin Tai yang gemar mendaki bukit dipercayai ke bukit itu untuk melakukan latihan pendakian sebelum aktiviti sebenar yang dijadual tiga minggu lagi.

Salam semua..mesti korang dah dengar dan dah baca serta dah tengok berita tentang kematian 2 orang doktor pakar kanak2 dari Hospital Ampang Puteri kan?..untuk pengetahuan korang Dr Haliza adalah Paed untuk anak2 aku. Sungguh terkejut dan sedih apabila aku dapat tahu tentang kejadian ini.

First sekali aku dapat tahu adalah pada hari Sabtu masa aku pergi cuci kereta dekat petronas. Aku masuk beli metro. Aku pun belek2 lah paper metro dan bila aku sampai ke mukasurat 30 ada satu berita tentang kehilangan 2 orang doktor ini. Bila aku renung dan baca nama kedua-dua doktor ini, dada aku rasa terkejut terus aku call hubby aku untuk maklum kan tentang kehilangan doktor ini. Sebab kalau tak silap 2 minggu lepas kami baru jumpa dia dekat genting sebab dia pergi tengok konsert Kitaro.

Lepas tu malam sabtu tu plak aku dengar berita dia terbunuh selepas terjatuh dari bukit tabuh dekat Melawati....Innalillahiwainnahiilaihirajiun....semoga keluarga kedua-dua doktor ini tabah menerima dugaan ini. Tapi tak taulah..sedangkan aku yg bukan ahli keluarga ni pun rasa terkejut dan tak percaya..apatah lagi keluarga mereka....doktor Amin Tai tu plak yg sunatkan Norman masa dia baby...so aku kenal kedua-dua doktor ini.

Sekarang ni aku nak cari doktor pakar kanak-kanak kat mana lagi aku pun tak tau..sebab doktor Haliza adalah doktor pakar yg terbaik pernah aku jumpa.