Wednesday, March 11, 2009

Kemurungan...

Adakah aku dilanda kemurungan macam ni?...huhuhu....tak nakkkkkk



Kemurungan
From Wiki
Jump to: navigation, search
Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Individu murung didapati mengalami perubahan dalam sistem otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini. Sindrom kemurungan adalah penyakit ‘seluruh jasad’, melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
Contents[hide]
1 Sejarah kemurungan
2 Jenis-jenis kemurungan
3 Simptom-simptom kemurungan
4 Mengapa seseorang mengalami kemurungan
5 Mencegah kemurungan
6 Ubat-ubatan
7 Rujukan

Sejarah kemurungan


Hippocrates menyifatkan melankolia sebagai satu penyakit yang berkaitan dengan simptom-simptom yang berkaitan dengan mental dan fizikal. Beliau menyifatkan semua ketakutan dan kemurungan yang mana jika berlanjutan dengan lama merupakan sebagai satu tanda sesuatu penyakit. Ianya sama tetapi konsepnya lebih luas berbanding dengan kemurungan yang terjadi pada masa kini. Keutamaan diberikan kepada kelompok simptom seperti kesedihan, kesugulan dan kemurungan dan selalunya termasuk sekali dengan ketakutan, kemarahan, khayalan dan obses.
Perkataan kemurungan atau depression adalah diambil daripada perkatan Latin “to press down”. Sejak abad ke-14, “to depress” merujuk kepada penaklukan atau menjatuhkan jiwa (spirit). Kini kemurungan atau depression juga digunakan dalam fisiologi dan ekonomi. Sejak Aristotle, melankolia berkait rapat dengan lelaki tentang pembelajaran dan kebijaksanan intelektual, risiko pertimbangan dan kreativiti. Konsep terbaru telah meninggalkan kaitan ini dan melalui abad ke-19, ianya lebih berkait rapat dengan wanita. Walaupun melankolia masih digunakan sebagai perkataan diagnostik yang utama, kemurungan atau depression telah meningkat penggunaannya dalam perubatan dan sama maksud dan penggunaannya dipenghujung abad.
Di pertengahan abad ke-20, pengkaji-pengkaji telah membuat teori bahawa kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakstabilan bahan kimia di dalam neurotransmitter di dalam otak, teori yang berdasarkan pemerhatian yang dibuat pada tahun 1950an tentang kesan reserpine (ubat mencegah penyakit darah tinggi dan merawat simptom diskinesia dalam pesakit Penyakit Huntington) dan isoniazid (ubat mencegah dan merawat tuberculosis yang disebabkan oleh Mycobacterium Tuberculosis) mengubah aras monoamine neurotransmitter dan memberi kesan kepada simptom-simpton kemurungan.
Jenis-jenis kemurungan
Reaktif
paling biasa terjadi
disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
penyakit kemurungan dan mania
Simptom-simptom kemurungan
kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
perasaan bersalah dan tidak berguna.
gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
hilang selera makan dan penurunan berat badan.
“rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
rasa tidak tenteram dan mudah marah.
kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
Mengapa seseorang mengalami kemurungan
kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
Mencegah kemurungan
belajar menjadi tenang dan bersabar
jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
rancang tugas agar teratur
jangan terlalu mengharapkan sesuatu
elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Ubat-ubatan
anti-kemurungan
ubat anti-kerisauan dan sedatif