Thursday, March 5, 2009

I'm back

Assalamualaikum....hai semua..maaflah sebab dah lama sangat tak update blog aku ni. Dah bersawang mawang dah...bukan apa banyak sangat benda berlaku sampai aku takde masa dan tak teringat nak update blog . Bukan takde cerita, ada tapi tulah macam aku cakap tadi, masa tak mengizinkan.

Pagi tadi pun aku baru aje lepas pergi meeting dekat sekolah Norman. Meeting dengan teacher dan juga semua parent Grade 4. Dia camping kat Awana bulan 4 ni, tidur sana so teacher nak bagitaulah apa yang boleh dan apa yang tak boleh budak2 ni buat. Dan apa yang parent diaorang kena bekal kan....
2 hari lepas adik aku masuk hospital IJN sebab nak kena operate buang dawai yang diaorang buat ikat tulang dia masa 1st operate 2 tahun lepas. Oh lupa nak cakap dia dah kena operate 2 tahun lepas sebab ada masaalah jantung , lubang injap dia sempit so susah dia nak bernafas. Dah buat operate dah, tapi baru2 ni dia rasa macam ada benda cucuk2 dada dia. Dia ingat tulang dia terkeluar tapi dawai yg org hospital buat ikat tulang dia yang terbonjol tu..sebab dia ni kurus sangat sebab tu terbonjol macam tu..kalau dia gemuk doktor cakap takde masaalah. So itu yang doktor suruh dia masuk hospital buat operation buang dawai tu. Lagi pun tulang dia yg kena potong ituhari dah bercantum elok dah so oklah kalau nak buang dawai tu pun.
Bukan itu aje ada lagi satu story about my brother inlaw. Husband kak long aku, dia kena heart attack minggu lepas. Nasib baik kena dekat opis dia, ada kawan2 yg tolong bawakan pergi hospital...masa on the way pergi hospital tu jantung dia dah berhenti...mungkin umur dia masih panjang, doktor cakap nasib baik dia dibawa ke hospital cepat kalau tak dia dah memang arwah.
So masa sampai hospital doktor guna elektrik shock kalau tak silap aku nak hidupkan balik jantung dia, lepas tu hidup sekejap tapi mati balik..kalau tak silap aku lebih kurang 3 kali jantung dia berhenti berfungsi. Ngeri aku bila dengar cerita dari kakak aku.
Hari ke-2 aku pergi melawat dia, dia masih lemah..kesian dia...alhamdulillah..memang umur dia masih panjang....kakak aku jangan cakaplah bila dapat tau husband actually dah berhenti bernafas dan hidup balik..meraung lah..yelah siapa tak terkejut kan....
Tapi alhamdulillah semua dah ok..dia pun dah keluar hospital..tapi memang banyak pantang larang yg dia kena ikut .....