Thursday, February 12, 2009

Chinta

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lamanya. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung dihati tidak pernah dapat diusir dari diri, dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.

Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya...hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya....


Fuhhh best giler cerita ni. Aku baru aja lepas habis membacanya. Sedih ada, geram ada, benci ada suka ada..macam-macam adaaaaa...heheh. So kepada semua peminat novel cinta melayu aku cadangkan korang baca novel ni...tak rugi beli mahal-mahal..heheh. Aku tau mesti ada setengah orang akan bercakap daripada baca buku cerita yang sudah tentu bohong belaka, lebih baik baca buku ilmiah yang sudah tentu banyak manfaatnya.

Tapi pada aku setelah otak seharian letih melayan karenah anak2 dan tugasan rumah, apasalahnye diisikan sikit dengan cerita2 ringan macam ni...otak akan berfungsi balik bila mengenangkan ada setengah buku cerita tu yang kadangkala bagi kita pengajaran. Sebab aku rasa apa yang diceritakan dalam buku itu adalah segala apa yang kita manusia ni persembahkan dimuka bumi ini. Sebab kalau tak ada cerita benar yang berlaku orang tak akan ada idea nak buat cerita macam tu betul tak?..hehhe so korang pikirlah sendiri. Setiap manusia ada pikiran dan pendapat sendiri.....
Posted by Picasa