Sunday, March 29, 2009

Al - Fatihah

Kematian doktor pakar: polis tolak unsur jenayah

29/03/2009 8:37pm

KUALA LUMPUR 29 Mac — Polis hari ini menolak wujud unsur jenayah berhubung kes kematian dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri di Bukit Tabuh, Ampang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamiluddin berkata hasil laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur juga mendapati tiada kesan kecederaan pada badan kedua-dua mereka yang boleh disabit dengan perbuatan jenayah.
“Tidak ada unsur jenayah walaupun terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mangsa tetapi itu kesan akibat terjatuh dari lereng bukit. Kami juga tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Dr Haliza Mohd Shafie, 53, dan Dr Amin Tai Abdullah, 57, mendapati mereka mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 180 hingga 200 meter.
Amiruddin berkata kedua-dua mereka mengalami kecederaan teruk di kepala dan leher serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian anggota badan yang lain.
“Kami dapati Dr Amin Tai mengalami patah tulang leher. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.
Semalam, Dr Haliza dan Dr Amin Tai ditemui mati oleh pasukan penyelamat di Bukit Tabuh, Taman Melawati dekat Ampang di sini selepas dilapor hilang sejak Rabu lepas.
Mayat kedua-dua mereka ditemui pada pukul 2.15 petang semalam, kira-kira enam meter antara satu sama lain.
Dr Haliza dan Dr Amin Tai yang gemar mendaki bukit dipercayai ke bukit itu untuk melakukan latihan pendakian sebelum aktiviti sebenar yang dijadual tiga minggu lagi.

Salam semua..mesti korang dah dengar dan dah baca serta dah tengok berita tentang kematian 2 orang doktor pakar kanak2 dari Hospital Ampang Puteri kan?..untuk pengetahuan korang Dr Haliza adalah Paed untuk anak2 aku. Sungguh terkejut dan sedih apabila aku dapat tahu tentang kejadian ini.

First sekali aku dapat tahu adalah pada hari Sabtu masa aku pergi cuci kereta dekat petronas. Aku masuk beli metro. Aku pun belek2 lah paper metro dan bila aku sampai ke mukasurat 30 ada satu berita tentang kehilangan 2 orang doktor ini. Bila aku renung dan baca nama kedua-dua doktor ini, dada aku rasa terkejut terus aku call hubby aku untuk maklum kan tentang kehilangan doktor ini. Sebab kalau tak silap 2 minggu lepas kami baru jumpa dia dekat genting sebab dia pergi tengok konsert Kitaro.

Lepas tu malam sabtu tu plak aku dengar berita dia terbunuh selepas terjatuh dari bukit tabuh dekat Melawati....Innalillahiwainnahiilaihirajiun....semoga keluarga kedua-dua doktor ini tabah menerima dugaan ini. Tapi tak taulah..sedangkan aku yg bukan ahli keluarga ni pun rasa terkejut dan tak percaya..apatah lagi keluarga mereka....doktor Amin Tai tu plak yg sunatkan Norman masa dia baby...so aku kenal kedua-dua doktor ini.

Sekarang ni aku nak cari doktor pakar kanak-kanak kat mana lagi aku pun tak tau..sebab doktor Haliza adalah doktor pakar yg terbaik pernah aku jumpa.

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah...

Tahniah kepada abang dan kakak ipar aku atas kelahiran baby mereka Danish Ikhwan pada hari Selasa 24/3/2009 ...masa nye kalau tak silap aku pukul 11 pagi kot..heheh.

Sebiji macam muka ayahnye...aku belum pergi tengok lagi. Tak sempat...terkejar-kejar dengan anak2 aku yg sekolah balik tak sama time..Insyaallah maybe esok kalau sempat aku lari pergi tengok jap..*nampaknye patah lah kaki aku nak berlari dari Ukay Heights sampai Semarak*...heheheh




Tadi masa nak masuk rumah aku terpandangkan scenary ni..cantikkan?..aku memang suka sangat dengan sunset...aku selalu berangan nak duduk sama2 ngan hubby aku tengok sunset...heheh

Posted by Picasa

Tuesday, March 24, 2009

Cute kids...

Last week Norman pergi tidur rumah kawan dia...so esoknye aku kena pergi ambik dia balik sebab dia ada soccer plak sebelah petang..actually Norman punya kawan ni adalah kawan lama dia masa dia sekolah di Sri Garden ituhari, tapi masih lagi keep in touch...

Yang aku nak cite dan kongsi ngan korang kat sini adalah adik2 kawan Norman ni..sorang nama Ben dan sorang lagi nama Maya Gabriella..sedapkan nama dia..heheh. ohh lupa nak cakap...kawan Norman ni Nama dia Jamie Aziz..mak bapak dia semua nye mat saleh campur melayu..makna nye..mak kawan Norman ni mat saleh campur melayu..begitu juga suaminye..mat saleh campur melayu..so kiranye mixlah macam husband aku...heheh

Anak2 diaorang comel2 betul...cuba tengok anak dara dia tu..geram aku tengok....tapi anak dara aku pun comel jugak..heheheh


Ben dengan adiknye Maya

Heheh..Alicia malu2 plak...

Wowww..mata dia tu kalau bagi kat aku pun boleh jugak..heheh


Dia tengah dok menerai pakai kasut mama da..oh lupa nak cakap jugak..mama kawan Norman ni "Datin"..heheh segan aku tau kawan ngan mak datin ni...siapalah aku..huhu..tapi dia ok..very nice lady... :)




Crazy hair do and pyjama's

Hari ni Norman dapat kebenaran dari sekolah unuk menconteng rambut dan mengkaler rambutnye..ha apalagi suka sangatlah dia...bukan itu aje..dia juga dibenarkan memakai baju tidur tak payah pakai school uniform..heheh...

Agaknye...anak2 mat saleh lain mesti tak mandi terus gi sekolah ngan baju-baju tidur macam tu aja kot..hahaha...
Actually dia orang bukan buat ni saja-saja...ini adalah salah satu cara diaorang nak kutip derma dan bagikan kepada rumah rumah anak2 yatim...aku tak ingat rumah tu nama apa...rumah sayangan kalau tak silap aku...

So Norman kena bawa duit bagi kepada sekolah nanti diaorang akan dermakan kepada rumah tu..





Posted by Picasa




Posted by Picasa

Sunday, March 22, 2009

Layang-layang terbang melayang..heheh

Dah lepas makan Mc Donalds semua...balik rumah bagi hubby punya quarter pounder, sementara dia makan kami bersiap nak pergi taman metropolitan plak. Nak main layang-layang..hehehe
Sampai sana orang masih tak ramai...angin pun takde lagi...panas taklah panas sangat...sebab awan banyak so tak seterik bila awan takde nampak langit biru aje...tu pun dah pukul 2.30 masa kami sampai sana.
Tapi tak lama...kejap aje angin dah ada dan nampak redup sikit...lepas tu orang pun dah ramai sampai...Masa sampai sana Alicia tengah tidur so malas nak kejut kan dia bangun biar dia tidur kejap...kalau tak nnt dia bising tak cukup tidur..
Norman dah start main layang-layang dia...selain dari layang-layang..norman dan Alicia juga bawa mainan lain seperti basikal, bola dan juga wave board....jadi bila takde angin boleh main basikal atau pun bola kejap..takdelah boring sangat...
eeee ...nyamuk sedang menggila dok menghisap darah aku ni, malas nak cite banyak korang tengok gambar ajalah....



Posted by Picasa




Posted by Picasa




Posted by Picasa
Balik dari main layang-layang dalam pukul 4 petang...kami pergi RSGC plak...panas sangat so nak pergi swimming plak..heheh...
Ni pukul 9 malam balik rumah...ha ambik ko...satu hari hari ni aku bawa anak2 aku main aje...seronok lah Norman sebab tak boring sangat,,,dapat buat something dengan daddy dia...nasib baik aku susun rancangan hari ni...kalau tak boringlah duduk rumah...huhu

Let's go bowling...

Hari ni betul-betul busy dengan anak-anak aku. Norman selalu bising sebab bila hari cuti aje dia boring takde apa nak buat. So pagi tadi aku tanya dia nak buat apa?..dia cakap boleh tak bawa dia pergi main bowling?..aku cakap boleh , tapi kena breakfast dan mandi semua dulu baru boleh pergi...

So dia pun dengan Alicia cepat2 makan dan mandi semua nak pergi main lah...aku pun tak lupa mandi juga..heheh...hubby tak pergi , only aku dengan anak-anak aje.. dia cakap badan dia sakit2 lepas main baseball dengan Norman semalam.


Kami keluar rumah dalam pukul 11 pagi pergi hotel flaminggo nak main bowling. TApi sampai sana kena tunggu kejap sebab ramai sangat orang main takde lane kosong. Entah ada family day ke ada tournament ke aku pun tak tau..tapi memang ramai orang...so kami kena tunggu kejap...
Tengoklah..ramaikan orang?..hmm Norman plak dah tak sabar-sabar nak main...aku cakap kat dia kena tunggu kejap..kurang-kurang dalam 15 minit sebab abang yg jaga tempat bowling tu caakp diaorang yg tengah main tu dah last game...kejap lagi adalah lane kosong....
Memang betul...tak lama mana kami tunggu sekejap ajaj abang tadi dah panggil nama suruh ambik lane kosong tu...Norman pun apalagi sukalah..Alicia pun sama juga.....biar pun dia tak pandai main bowling tu...:)
Mula-mula kami main sorang 2 games..Aku tak main sangat just tolong Alicia baling bola aje...lepas dah satu jam main Alicia dah start buat perangai..maybe dia mengantuk sebab dah time dia tidur tengahari. Norman masih nak main lagi..so aku bagi dia main lagi 2 games sementara aku layan Alicia.

Dalam pukul 1 tengahari Norman habis main so aku ajak diaorang balik. Sebab nanti tak sempat makan Alicia tidur plak. On the way balik aku beli Mc Donald kat diaorang. Sambil tu hubby call suruh take away untuk dia quarter pounder....sampai rumah tanya Norman apa lagi dia nak buat?..dia cakap tak tau..so aku cadangkan kat dia supaya kitaorang pergi main layang-layang dekat taman metropolitan ....ok sambung next entry..hehehe
Posted by Picasa

Leading Card Game


Kalau dah kanak2 tu kanak2 juga kan..heheh..yelah tak habis2 dengan menan...sama lah dengan si Norman ni...dia kalau tak beli menan tak boleh duduk dia...
Kali ni dia dah dapat menan baru plak nak main. Entah apa nama aku pun tak tau..aku tengok kat plastick tu nama dia leading game card...semuanye pasai bola....mentang2 dia minat bola..actually dia tengok kawan dia main card ni so dia pun nak juga. kena pergi beli file dia dan kumpul semua card yang ada player untuk cukupkan satu team...lepas tu kena beli satu packet card untuk dapatkan player2 ni..kalau nasib dapat lain2 player takpe jugak..kalau tak nasib baik dapat player yg dah ada ke tak rugi nama nye?..
Tapi tak juga sebab boleh tukar dengan kawan2 yg belum ada player tu lagi so kira main tukar2 card lah ni..heheh mana lah aku tau menan budak2 sekarang. Aku dulu main congkak, main guli, main layang2, main lompat getah, main batang eskrim...tu aje menan aku...abis sangat guling atas tanah...
Untung lah bebudak sekarang macam2 menan ada...heheheh...

White Coffee Old Town

Ingat nak diet sikit sebab rasa macam dah naik bun-bun badan aku ni..hahaha..padahal tak gemuk mana pun..heheh.

Tapi last thursday makan kat White Coffe Old Town, habis lah hilang semangat nak dietnye....mana tak tengok ajelah makanan kat bawah yg aku makan...huwwaaa...bila nak kurus cam Amy Mastura ni...:)


Thick kaya bread with butter...

wei pandai ke makan ngan chopstick tu?..heheh

heheh ni memang peberet aku ..mee kari..tu cam mana nak diet?????



Si Alicia yang bising nak ambik order...mulut macam muraiiii....macammmm mama dia...hhahahah





Alicia dengan Peanuts...



Baru2 ni papa pergi JB naik MAS punya kapal terbang, biasa nye bila dia balik dia akan bawa balik satu bundle peanuts dalam packet yang kecik2 tu. Dia selalu buat baik dengan pramugari tu semua so dapatlah...heheh.
Dia tau Norman sama Alicia suka makan sebab tulah dia ambik. Yang aku nak cite kat sini ialah sebab Alicia comel ni....Mama dah bahagikan sama dengan Norman, so dia suruh Alicia simpan dia punya sendiri kat mana dia nak simpan. Nanti tak bergaduh dengan Norman berebut Peanut.
Korang tau si Alicia ni pergi cari tupperware dan simpan satu-satu bungkus peanut tu dalam setiap satu tupperware, so makna nye habis lah dalam rumah tu tupperware takde..heheh. Dah simpan dalam tupperware dia sorok plak dalam oven mainan dia...hmmm..aku rasa kalau kat situ dia simpan..habis aku orang pertama yg akan jumpa dulu...hahahaha

Thursday, March 19, 2009

Cantik tak???????

Semalam masa aku tengah mandi nak bersiap keluar makan korang tau apa anak dara aku buat?....ha tengok aje lah gambar kat bawah ni..mesti korang paham kan?...

Huhu...nasib baik tak patah lipstick aku...kalau tak untung lagi bodyshop sebab aku datang nak perabis duit lagi...hehehee.. aku tak jadi nak sembur dia semalam lepas tengok betapa cute nye muka dia lepas dia tonyoh lipstick kat mulut dia..bukan itu aja ...eyeshadow aku pun dibantai main nye letak kat pipi.....

Proud daddy with her clown dotter...ada ke masa aku minta tolong dia ambik semua makeup aku dari alicia dia buat tak tau aje...hmm..nasib dia baik tau..kalau tak dia kopak lagi kalau makeup aku rosak dan aku pi borong lagi kat bodyshop tu...hahahaha.....
Ada nampak macam clown tak????...hehehehe
Kalau dah macam ni rupanye...mana ada hati nak marah....ketawa bagai nak rak lagi adalah......Alicia...Alicia...ko memang jantung hati mama...heehehehe....
Posted by Picasa