Friday, December 19, 2008

Terima kasih


Alhamdulillah..alicia dah sihat..takde muntah2 lagi....cuma satu hari tu aje...tapi dalam satu hari tu pun adalah dalam 7 kali dia muntah. Kesian aku tengok anak dara aku tu...kita yg besar ni pun bila muntah2 lembik longlai juga nak menahan sakit perut apatah lagi budak sekecil alicia.

Aku tak tau apa yg buat dia muntah2 macam tu. Semua orang makan benda yg sama dia makan tapi takde plak muntah2. Tapi cuma satu hari aje..itu pun aku tak berani nak bagi dia makan sebab apa sahaja yg dia makan akan keluar balik..bukan setakat makan , minum air kosong atau susu badan pun dia muntah juga.

Mak mertua aku suggest jangan bagi dia makan apa2 selagi perut dia tak settle down. Aku ikut aje sebab dia lebih berpengalaman tapi rasa sedih sangat sebab alicia dah kelaparan masa tu. Memang dia merengek nak makan dan minum..tapi aku tak boleh buat apa....so aku bagitau dia yg dia kena stop makan dan minum dulu for a few hours...

But alhamdulillah lepas pukul 5.30 petang dia muntah (oh lupa cakap dia muntah every 1 hour since 11.30 pagi) yg last sekali , dia dah tak muntah dah..mungkin sebab aku bagi ubat tahan muntah yg kami ambik dekat farmasi masa bawa dia jumpa doktor dekat Ampang Puteri tu. Dia pun nampak ceria sikit...

Pukul 6.45 masa makan malam dia nak makan, tapi aku tak bagi dia makan berat..just sup dan carrot aje...tu pun tak banyak..satu mangkuk kecik aje...lepas tu aku suruh dia rehat kejap sebelum makan lagi dalam masa 40 minit...alhamdulillah dia tak muntah keluar apa yg dia makan tadi...so aku pun bagi dia makan lagi memandangkan dia pun dah mintak nak makan lagi..sian dia..kelaparan....

So semalam dia dah boleh makan berat...tengahari semalam dia makan nasi dan sup sayur campur....banyak juga dia makan...lepas makan dia poopoo plak (berak) ...tapi sedikit cirit dan sedikit keras...so mungkin all the bacteria dalam perut dia yg buat dia muntah2 dah keluar dah lah kot melalui cirit tu..heheh.....pagi ni dia happy aje main dah tak lembik macam dua hari lepas...alhamdulillah....


Jadi dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg datang kesini dan mendoakan semoga alicia sihat dan ceria balik...terima kasih banyak2....