Saturday, October 25, 2008

My boys...


Hubby ngan Norman takde , diaorang pergi China semalam. Baru 1 hari aku dah miss dekat diaorang. Hubby ade kerja sikit nak buat kat China, since Norman ada cuti sebab deepavali so dia pun ikut juga. Aku tak ikut sebab Alicia tak berapa sihat sikit.
Aku dah cakap dia baik kejap aje lepas tu sakit balik, bukan sakit apa pun. Cuma selsema aje...entahlah mungkin alergy aje kot sebab takde pun hijau dia punya hingus cuma jernih aje kaler dia.
Well aku miss Norman, aku tau aku selalu gaduh ngan dia bila dia ada. Tapi bila dia jauh dari aku, aku rindu dia. Sian dia...bila dekat dengan aku selalu aje kena marah. I'm sorry Norman
Hmmm...Norman anak aku yg baik. Walaupun kekadang dia memberontak dengan aku tak semestinye dia tak sayang aku atau tak dengar cakap. Dia cuma nakkan perhatian dari aku. Yelah sekarang ni aku banyak habiskan masa dengan Alicia jadi dia rasa aku dah tak sayang atau tak nak bagi perhatian pada dia. Bukan apa, aku rasa dia dah besar dan Alicia kecik lagi, so dia pandai bawa diri. Mama sayang semua anak mama...both of you
Tapi aku silap..walau besar mana pun dia aku kena juga bagi perhatian kat dia. Malam2 masa dia nak tidur , dia masih nakkan aku tidur kan dia. Dia akan jadi sangat baik waktu nak tidur..masa tu aku nampak betapa dia sayang kat aku dan dia perlukan aku.
Aku plak time tu kena bagi Alicia tidur, dia akan datang cari aku dan cakap dengan nada yg baik minta aku tidur kan dia lepas aku tidurkan Alicia, dan aku plak terus tertidur sebab letih sangat. Sian Norman...I love you Norman. Insyaalah mama akan belajar jadi mama yg baik untuk korang berdua....doakan mama....