Saturday, October 18, 2008

Selamat Pengantin Baru



Semalam aku pergi Saloma Bistro dengan hubby aku. Kiranya aku berdua-duaan lah semalam....heheh. Anak2 aku tinggalkan dengan nenek mereka buat sementara. Aku bukan pergi dating pun. Aku ada jemputan kawin dekat sana.

Kawan aku Lina kawin...cantik betul dia semalam....bagaikan puteri, sangat jeles tau...huhuu...masa dia duduk atas pelamin, aku plak yang dok berangan teringat masa kenduri aku ngan hubby kat dewan perdana Felda ituhari...tapi 10 tahun yg lepas lah....sama macam Lina, keadaan dan suasananya...penuh dengan segala VIP dan org putih serta datuk datin dari sebelah inlaw aku....lepas tu sebelah aku plak..ramai dari sanak saudara aku dari kampung...meriah betul...

Eh oklah...ini cerita pasal Lina aku melalut dok cerita pasal aku plak...hahahah. tapi semalam memang cantik betul dia...sepadan dengan hubby dia...oh lupa nak cakap..hubby dia org putih..kalau tak silap aku orang scotland...yang aku berkenan sangat ialah kat pelamin dia tu....simple tapi sangatttt cantik.....sejuk mata memandang.

Oklah Lina, aku doakan kebahagiaan kau dengan husband kau sepajang hayat...semoga kalian di kurniakan anak2 yang comel2 belaka...heheh. Jaga Alan baik2 tau...jangan nak merajuk-merajuk lagi,..heheh awak dah jadi bini orang sekarang ni...

P/S Sorrylah itu aje gambar yg sempat aku ambik...kamera aku tak canggih mana..so gambar semua blur..silap tak bawak kamera canggih hubby aku tuh...huhu..kalau tak semua gambar mesti cantik2....gambar aku dan hubby pun takde...heheh. But my hubby is soooo handsome last night...cair aku dibuatnya...hahahah...mulalah nak menggatal....silap tak ambik gambar dia..kalau tak aku leh tayang kat sini...hehehe
Posted by Picasa