Thursday, October 9, 2008

Cerita hari raya

Assalamualaikum....apa khabar semua?...mesti semua nye masih lagi didalam mood hari raya, dan aku percaya semua orang dah pun bercerita tentang hari raya mereka cuma aku aje belum...heheh.

Bak kata maya aku raya sakan dan masih lagi lagi dok beraya sampai tak update blog..heheh. Aku dah balik KL dah seminggu dah, cuma tak sempat nak update sebab Alicia sakit lagi. Lepas sembuh masa balik kampung untuk raya ituhari, dia jatuh sakit lagi bila balik KL Sabtu lepas. Selsemalah, batuklah demam lah...ni Norman plak nak batuk....letih..kesian pun ada juga...tapi bila mai mood marah kena juga budak2 ni...hehe.

Oklah berbalik pasal cerita hari raya. Mai kita start cerita dari masa aku nak balik kampung ituhari. Aku balik kampung hari Selasa tengahari, masa aku balik keta tak banyak kat jalan, jalan pun tak jem. Husband aku cakap kami pilih hari dan masa yang betul..yelah bila kena masa jem jangan haraplah dia nak cakap macam tu....meradang lagi adalah.

So kami sampai kampung dalam pukul 4.30 petang. Ada masa lagi 3 jam nak buka puasa. Tahun ni semua adik, kakak dan abang aku balik. Maka penuhlah rumah ayah dan mak aku dengan anak2 menantu dan cucu. Rumah ayah aku tu rumah kampung yang tak besar mana, (tapi kami semua bangga ngan rumah tu sebab banyak kenangan) sekali kami semua balik serbu tak cukup tempat semua nak tidur..hahah habis lintang pukang rumah kami kerjakan...merata tempat semua penuh dengan orang. Berselerak tidur, kalau pencuri masuk pun tak boleh berjalan..padat...heheh.

Ni gambar kat bawah ni gambar masa kami semua berbuka puasa ramai2. Ni aku sempat ambik gambar separuh aja, sebab ayah aku dah jeling2 manja sebab ambik gambar masa nak berbuka dan masa dia tengah dok baca doa...heheh. Ni baru anak ayah aku dengan mak aku, belum lagi termasuk anak dari bini ayah aku yg number satu. Ayah aku kawin dua lepas bini pertama meninggal, so anak dari bini number 1 ada 5 org meninggal 2 tinggal 3. Semua dah kawin dan dah ada anak2.

So kalau termasuk semua sekali family aku ada dalam lebih kurang 70 orang. Bayangkan kalau semua tu balik....boleh roboh rumah ayah aku dengan bunyi riuh rendah anak2 menantu dan cucu. dahla semuanya jenis yang riuh rendah punya...hahah.

Kami semua bahagia dengan cara hidup kami ni....tak pernah menyesal hidup dalam keadaan begini....




Esoknya pagi raya macam biasalah. semuanye bangun dok berebut bilik ayaq. Nasib baik ada 2 bilik ayaq tapi masih tak cukup. Bukannya apa..ayaq pun slow sangat...bilalah menteri besar perak nak tukar paip ayaq..heheh.

Semua yang lelaki bersiap nak pergi sembahyang raya. Yang perempuan macam biasalah..kemas rumah , masuk kuih dalam bekas kuih, siapkan anak2 sapa yang ada anak2..yang takdak anak kena siapkan ayahnye plak cam gambar kat bawah ni..heheh

Ni adik dan kakak iapar aku tengah dok siapkan sampin ayah aku...ewah ayah aku tahun ni beraya sakan dengan sampin..heheh biasa dia pakai baju melayu dengan kain pelikat aja.

Ni adik aku ngan ayah aku...aku nak ambik gambar ayah sorang aja..dia plak sibuk menepek..dah lah renyih cam kerang busuk...hahah...jangan marah noi...heheh

Wah bergaya sakan....sempat lagi aku snap gambar ayah sebelum dia pergi masjid....jarang ayah nak bergambar..tapi disebabkan kegilaan aku yang melampau ni dia ikut kan ajalah...heheh.

Ok tahun ni macam tahun yang lepas2 jugak. Kami tak dapat nak bergambar ramai2 satu family sebab masing2 ada agenda sendiri lepas sembahyang. Tak cukup forum nak ambik gambar. So kami amik gambar sapa yang ada kat rumah ajalah....

Ni gambar mak aku, kakak aku yg sulung, nenek aku dan juuga adik aku .
Ni gambar mak aku dan nenek aku.....nenek aku ni dah uzur....sian dia...adan anak2 ramai tapi yang dok jaga dia cuma mak aku dan adik mak aku aje..yang lain2 macam takdak mak.. sian nenek selalu menangis rindu kat anak2 yang lain. Depa buat macam takdak mak..dah bertahun2 tak balik jumpa mak depa....harap2 aku takkan jadi macam depa...amin. Takpa tok...kami semua cucu2 tok sebelah mak ni ada...kami jaga tok ye....
Ni gambar dekat sikit. Serupakan muka mak aku ngan muka nenek aku ni?....






Ok ni plak cerita raya kedua, kami adik beradik pergi beraya kerumah kakak aku sebelah mak yg number satu, kat kemunting. Ada dalam 4 biji kereta semua, kami pi serbu rumah dia....hehe..tapi kami tak cakap dulu nak datang. Marah dia sebab tak sempat nak buat makan2 cuma jamu makan kuih dan ketupat kuah kacang aja. Takplah kak janji kami datang menziarah akak , itu yang lebih penting kan?..heheh






Dah puas kami beraya rumah kakak, kami ke rumah kakak ayah aku kat bagai serai, masa kami sampai depa jamu kami makan nasi dengan ikan talapia hitam bakar, masak cili dan sup ayam....wah sedap betui..perut plak tengah lapar. Maklum sajalah dah tiba masa makan tengahhari..hehe sampai lupa ambik gambar...
Ni yang ada pun masa dah nak balik dah...tengah dok mensyuarat nak pergi mana lagi....perut dah kenyang mata dah mengantuk....kalau ikut nak balik tidur aja..hahahah. Tapi bila mengenang kan bila lagi nak dapat peluang berjalan beramai-ramai macam ni dan pergi menziarah sanak saudara, kami tukar pendapat pergi ziarah adik mak plak kat bandar bharu kedah.





Ha ni masa kami kat rumah adik mak kat bandar bharu kedah tulah. Tapi mak tak dapat nak datang sebab nak kena jaga nenek aku tulah kat rumah. Macam yang aku cakap tadi...kan anak2 dia ramai..cuma mak aku dan adik dia 2 orang tu aja yang nak jaga...ni rumah yg kami pergi ni salah sorang adik dia yang nak jaga nenek aku ni. Kesian kan.....huhuhu.




So itu ajalah cerita aku pasai hari raya aku...hari raya ketiga kami tak kemana2..cuma menghabiskan masa kat rumah aja sebelum keesokannye nak bertolak balik ke Kl....malam tu plak kami ke Tesco Taiping...ya Allah...punya lah ramai orang..apa yang dia orang buat tak taulah...heheh..sama cam aku juga kot..saja nak merayau...hahah.