Thursday, September 25, 2008

Happy Birthday Norman

Ok yg sebenarnye birthday Norman dah lepas, tapi baru hari ni aku sempat buat entry dia...ehehe.

Ok dia sekarang dah 9 thn...cepatkan masa berlalu. Tak lama lagi anak aku jadi anak bujang dah..hehe. Kami takde buat party apa2, just family in the house.Ok aku tak cukup masa nak cite semua..korang tengok ajelah slideshow kat bawah ni ye..heheh

Selamat Hari Raya....

Assalamualaikum semua....hmm...aku rasa semua orang sekarang tengah busy membuat persediaan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

So dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua blog readers yg datang ke blog aku ini seandainye selama kita berkenalan aku ada melakukan kesalahan dan terkasar bahasa dengan anda semua.

Aku juga telah memaafkan kalian walaupun dimana kalian berada, semoga hari raya kali ini akan memberikan kemeriahan kepada semua. Berhati2 lah kepada semua yang memandu untuk balik kg dan janganlah biarkan org yang menanti kehadiran kalian bersedih sebaliknye biarlah mereka gembira menyambut kepulangan org yg tersayang .

Akhir sekali , Selamat Hari Raya ....bila makan kuih2 tu ingat2lah kat aku sama ye....hahahah...macamlah aku takde kuih raya....

P/S Opppsss...lupa nak bagi kredit kat botakarts sebab aku ambik gambar kad raya yg dia buat ni....heheh...thanks botak....