Saturday, October 25, 2008

My boys...


Hubby ngan Norman takde , diaorang pergi China semalam. Baru 1 hari aku dah miss dekat diaorang. Hubby ade kerja sikit nak buat kat China, since Norman ada cuti sebab deepavali so dia pun ikut juga. Aku tak ikut sebab Alicia tak berapa sihat sikit.
Aku dah cakap dia baik kejap aje lepas tu sakit balik, bukan sakit apa pun. Cuma selsema aje...entahlah mungkin alergy aje kot sebab takde pun hijau dia punya hingus cuma jernih aje kaler dia.
Well aku miss Norman, aku tau aku selalu gaduh ngan dia bila dia ada. Tapi bila dia jauh dari aku, aku rindu dia. Sian dia...bila dekat dengan aku selalu aje kena marah. I'm sorry Norman
Hmmm...Norman anak aku yg baik. Walaupun kekadang dia memberontak dengan aku tak semestinye dia tak sayang aku atau tak dengar cakap. Dia cuma nakkan perhatian dari aku. Yelah sekarang ni aku banyak habiskan masa dengan Alicia jadi dia rasa aku dah tak sayang atau tak nak bagi perhatian pada dia. Bukan apa, aku rasa dia dah besar dan Alicia kecik lagi, so dia pandai bawa diri. Mama sayang semua anak mama...both of you
Tapi aku silap..walau besar mana pun dia aku kena juga bagi perhatian kat dia. Malam2 masa dia nak tidur , dia masih nakkan aku tidur kan dia. Dia akan jadi sangat baik waktu nak tidur..masa tu aku nampak betapa dia sayang kat aku dan dia perlukan aku.
Aku plak time tu kena bagi Alicia tidur, dia akan datang cari aku dan cakap dengan nada yg baik minta aku tidur kan dia lepas aku tidurkan Alicia, dan aku plak terus tertidur sebab letih sangat. Sian Norman...I love you Norman. Insyaalah mama akan belajar jadi mama yg baik untuk korang berdua....doakan mama....

Thursday, October 23, 2008

Teknik rebonding

Assalamualaikum semua...apa khabar?...hmmm..aku tau dah lama aku tak update blog ni..last update pun minggu lepas. Maaflah..bukan tak nak update tapi aku takde idea nak tulis apa, lagi pun takde apa sangat yg berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini.

Lagi pun ada ke orang baca blog aku ni?..macam yang Maya cakap....heheh...entahlah, aku pun tak tau samaada ada orang ke tak baca blog aku ni...yang aku tau aku tulis sekadar nak menceritakan tentang aku , kehidupan aku, anak2 aku dan apa2 ajelah yg berlaku sekeliling aku. Lagi pun aku tak pandai nak menyusun kata mengarang cerita. Jadi blog dan penulisan aku ini mungkin tak mengundang sesiapa pun nak datang berkali-kali untuk mengetahui tentang kehidupan aku.

Walaubagaimana pun aku tak kisah..macam yg selalu kita dengar "aiman tak kisah"..heheh. Tapi kepada sesiapa yg sudi datang tu aku ucapkan terima kasih. Dan kepada sesiapa yg sudi tinggal komen pun terima kasih juga. Tapi kalau kalian tengok aku tak balas komen tu jangan kecik hati plak...bukan aku tak baca komen tu , aku baca cuma tak berkesempatan nak balas. Yelah aku kekadang tu masuk blog tak sempat update pun inikan plak nak balas komen. Insyaallah nnt aku akan sentiasa balas komen korang ye.

Oklah...habis cite pasal blog..ni aku nak cite pasal aku yg sangat jeles dengan kehebatan rambut anak dara aku tu...hahaha. Yelah kan rambut dia cantik aje....dahlah lembut panjang mengurai lepas tu lurus aje....hari2 aku main rambut dia....dia plak yg dah naik rimas...sampai dah tak boleh aku nak sentuh dah. Dia siap cakap "don't touch my hair"..ha ambik ko...hahahah...

So 2 minggu lepas aku telah melampiaskan kegeraman aku kat alicia ni dengan merebonding kan rambut aku ..heheh. Lepas tu orang cakap sambil menyelam minum airkan?...so aku siap buat hair treatment lagi ...so sekarang ni rambut aku lembut bak sutera...bagaikan rambut baby...heheh...tak caya?..nak pegang mai lah...hahahah....

Tengok aje gambar aku ngan anak aku kat atas tu....baru ada persamaan kan?..hahahah...jangan jeles ye....heheh. Masaalahnye..kaler rambut aje yg tak sama.....rambut anak aku perang original..rambut aku hitam melegam...hahaha.....ooohhhh noooo....aku tak kaler rambut anak aku ye, itu rambut asal dia....ikut rambut nenek dia.....rambut omputih you..hehhee. Aku tau kalo orang tengok macam aku kaler rambut aku...even ada orang tanya aku.." kaler ke rambut anak tu?"...heiiii....korang ingat anak sekecil tu nak duduk dia ke kalau nak dikaler atau di potong.....meroyan aku kalau aku yg kena buat kerja tu ngan budak kecik tak duduk diam cam alicia ni....hmmm....

Oklah...aku nak pergi kelas jap....oh ya lupa nak cakap aku ada kelas kat Cottage Patch..semalam ngan hari ni....aku ambik kelas buat Australian Doll...nnt korang gi kat blog aku yg satu lagi, aku akan update blog tu dan tunjukkan gambar aku buat Doll tu ye.....sapa yg tak tau blog aku yg lagi satu sila ke http://www.mummyalicianorman.blogspot.com/
Posted by Picasa

Saturday, October 18, 2008

Selamat Pengantin Baru



Semalam aku pergi Saloma Bistro dengan hubby aku. Kiranya aku berdua-duaan lah semalam....heheh. Anak2 aku tinggalkan dengan nenek mereka buat sementara. Aku bukan pergi dating pun. Aku ada jemputan kawin dekat sana.

Kawan aku Lina kawin...cantik betul dia semalam....bagaikan puteri, sangat jeles tau...huhuu...masa dia duduk atas pelamin, aku plak yang dok berangan teringat masa kenduri aku ngan hubby kat dewan perdana Felda ituhari...tapi 10 tahun yg lepas lah....sama macam Lina, keadaan dan suasananya...penuh dengan segala VIP dan org putih serta datuk datin dari sebelah inlaw aku....lepas tu sebelah aku plak..ramai dari sanak saudara aku dari kampung...meriah betul...

Eh oklah...ini cerita pasal Lina aku melalut dok cerita pasal aku plak...hahahah. tapi semalam memang cantik betul dia...sepadan dengan hubby dia...oh lupa nak cakap..hubby dia org putih..kalau tak silap aku orang scotland...yang aku berkenan sangat ialah kat pelamin dia tu....simple tapi sangatttt cantik.....sejuk mata memandang.

Oklah Lina, aku doakan kebahagiaan kau dengan husband kau sepajang hayat...semoga kalian di kurniakan anak2 yang comel2 belaka...heheh. Jaga Alan baik2 tau...jangan nak merajuk-merajuk lagi,..heheh awak dah jadi bini orang sekarang ni...

P/S Sorrylah itu aje gambar yg sempat aku ambik...kamera aku tak canggih mana..so gambar semua blur..silap tak bawak kamera canggih hubby aku tuh...huhu..kalau tak semua gambar mesti cantik2....gambar aku dan hubby pun takde...heheh. But my hubby is soooo handsome last night...cair aku dibuatnya...hahahah...mulalah nak menggatal....silap tak ambik gambar dia..kalau tak aku leh tayang kat sini...hehehe
Posted by Picasa

Tuesday, October 14, 2008

Hospital lagi...


Hari ni aku bawa alicia perhi hospital lagi...dah 4 bulan dia tak sihat sebab demam, selsema dan batuk. Sekejap aja baik bila makan ubat lepas tu sakit lagi. Aku dah tak tau nak buat cam mana. Alicia pun dah boring makan ubat dan dah muak agaknye. Sebab setiap kali aku nak bagi dia makan ubat dia akan nangis dan lepas tu bila aku paksa dia habis semua keluar balik sekali dengan apa2 aje yg dia baru makan tak kiralah, lunch ke brekfast ke atau dinner ke. Kesian plak aku tengok...tapi nak buat cammana..dia kena juga ambik ubat tu...

So tadi aku habis kan masa dekat 1/2 hari kat hospital...aku pergi pukul 2.30 petang pukul 6 petang baru balik rumah...bukannya ramai orang tapi proses nye yang lembab sangat. Aku jumpa doktor, dia cakap alicia kena pergi buat blood test, x-ray dan juga pakai topeng gsa tu untuk sedut gas..masa buat x-raylah yg lambat sekali..sampai setengah jam nak tunggu filem dia...blood test kejap aja. yg nabulizer (tul ke aku eja) tu pun kejap aja....nasib baiklah alicia baik aja tak bbuat perangai..kalau tak mau aku mengamuk kat sepital tu..heheh.

Aku harap lepas apa yg aku bayar dengan ubat yg sikit power tu boleh sembuhkan alicia..sekurang-kurangnye sampai hujung tahun ni..kalau sampai bila2 tak sakit pun alhamdulillah..sebab kesian tengok dia....muka pun dah kecik..nasib baik dia mau juga makan...kalau abang dia aku ingat dah kering terus....hmmm....tapi apa pun alhamdulillah...dia hanya sakit sikit aja..taklah teruk sangat...
Posted by Picasa

Saturday, October 11, 2008

Nice view


Askm semua, apa khabar? Harap semua ok lah hendaknya.

Aku macam biasa lah sihat aja, masih lagi bernapas hehe.

Aku update ni sebab nak share view ni, aku ambik kat tempat kami tinggal kat frasers hill.

Friday, October 10, 2008

Frasers Hill


Sekarang ni kat frasers hill..kami bercuti sekejap menghilang tension .

Ni aku update pakai handphone aje. Tak bawa laptop. Nanti lah bila balik kl aku update sekali ngan gambar bebanyak.

Ok lah jumpa lagi bye.

Thursday, October 9, 2008

Cerita hari raya

Assalamualaikum....apa khabar semua?...mesti semua nye masih lagi didalam mood hari raya, dan aku percaya semua orang dah pun bercerita tentang hari raya mereka cuma aku aje belum...heheh.

Bak kata maya aku raya sakan dan masih lagi lagi dok beraya sampai tak update blog..heheh. Aku dah balik KL dah seminggu dah, cuma tak sempat nak update sebab Alicia sakit lagi. Lepas sembuh masa balik kampung untuk raya ituhari, dia jatuh sakit lagi bila balik KL Sabtu lepas. Selsemalah, batuklah demam lah...ni Norman plak nak batuk....letih..kesian pun ada juga...tapi bila mai mood marah kena juga budak2 ni...hehe.

Oklah berbalik pasal cerita hari raya. Mai kita start cerita dari masa aku nak balik kampung ituhari. Aku balik kampung hari Selasa tengahari, masa aku balik keta tak banyak kat jalan, jalan pun tak jem. Husband aku cakap kami pilih hari dan masa yang betul..yelah bila kena masa jem jangan haraplah dia nak cakap macam tu....meradang lagi adalah.

So kami sampai kampung dalam pukul 4.30 petang. Ada masa lagi 3 jam nak buka puasa. Tahun ni semua adik, kakak dan abang aku balik. Maka penuhlah rumah ayah dan mak aku dengan anak2 menantu dan cucu. Rumah ayah aku tu rumah kampung yang tak besar mana, (tapi kami semua bangga ngan rumah tu sebab banyak kenangan) sekali kami semua balik serbu tak cukup tempat semua nak tidur..hahah habis lintang pukang rumah kami kerjakan...merata tempat semua penuh dengan orang. Berselerak tidur, kalau pencuri masuk pun tak boleh berjalan..padat...heheh.

Ni gambar kat bawah ni gambar masa kami semua berbuka puasa ramai2. Ni aku sempat ambik gambar separuh aja, sebab ayah aku dah jeling2 manja sebab ambik gambar masa nak berbuka dan masa dia tengah dok baca doa...heheh. Ni baru anak ayah aku dengan mak aku, belum lagi termasuk anak dari bini ayah aku yg number satu. Ayah aku kawin dua lepas bini pertama meninggal, so anak dari bini number 1 ada 5 org meninggal 2 tinggal 3. Semua dah kawin dan dah ada anak2.

So kalau termasuk semua sekali family aku ada dalam lebih kurang 70 orang. Bayangkan kalau semua tu balik....boleh roboh rumah ayah aku dengan bunyi riuh rendah anak2 menantu dan cucu. dahla semuanya jenis yang riuh rendah punya...hahah.

Kami semua bahagia dengan cara hidup kami ni....tak pernah menyesal hidup dalam keadaan begini....




Esoknya pagi raya macam biasalah. semuanye bangun dok berebut bilik ayaq. Nasib baik ada 2 bilik ayaq tapi masih tak cukup. Bukannya apa..ayaq pun slow sangat...bilalah menteri besar perak nak tukar paip ayaq..heheh.

Semua yang lelaki bersiap nak pergi sembahyang raya. Yang perempuan macam biasalah..kemas rumah , masuk kuih dalam bekas kuih, siapkan anak2 sapa yang ada anak2..yang takdak anak kena siapkan ayahnye plak cam gambar kat bawah ni..heheh

Ni adik dan kakak iapar aku tengah dok siapkan sampin ayah aku...ewah ayah aku tahun ni beraya sakan dengan sampin..heheh biasa dia pakai baju melayu dengan kain pelikat aja.

Ni adik aku ngan ayah aku...aku nak ambik gambar ayah sorang aja..dia plak sibuk menepek..dah lah renyih cam kerang busuk...hahah...jangan marah noi...heheh

Wah bergaya sakan....sempat lagi aku snap gambar ayah sebelum dia pergi masjid....jarang ayah nak bergambar..tapi disebabkan kegilaan aku yang melampau ni dia ikut kan ajalah...heheh.

Ok tahun ni macam tahun yang lepas2 jugak. Kami tak dapat nak bergambar ramai2 satu family sebab masing2 ada agenda sendiri lepas sembahyang. Tak cukup forum nak ambik gambar. So kami amik gambar sapa yang ada kat rumah ajalah....

Ni gambar mak aku, kakak aku yg sulung, nenek aku dan juuga adik aku .
Ni gambar mak aku dan nenek aku.....nenek aku ni dah uzur....sian dia...adan anak2 ramai tapi yang dok jaga dia cuma mak aku dan adik mak aku aje..yang lain2 macam takdak mak.. sian nenek selalu menangis rindu kat anak2 yang lain. Depa buat macam takdak mak..dah bertahun2 tak balik jumpa mak depa....harap2 aku takkan jadi macam depa...amin. Takpa tok...kami semua cucu2 tok sebelah mak ni ada...kami jaga tok ye....
Ni gambar dekat sikit. Serupakan muka mak aku ngan muka nenek aku ni?....






Ok ni plak cerita raya kedua, kami adik beradik pergi beraya kerumah kakak aku sebelah mak yg number satu, kat kemunting. Ada dalam 4 biji kereta semua, kami pi serbu rumah dia....hehe..tapi kami tak cakap dulu nak datang. Marah dia sebab tak sempat nak buat makan2 cuma jamu makan kuih dan ketupat kuah kacang aja. Takplah kak janji kami datang menziarah akak , itu yang lebih penting kan?..heheh






Dah puas kami beraya rumah kakak, kami ke rumah kakak ayah aku kat bagai serai, masa kami sampai depa jamu kami makan nasi dengan ikan talapia hitam bakar, masak cili dan sup ayam....wah sedap betui..perut plak tengah lapar. Maklum sajalah dah tiba masa makan tengahhari..hehe sampai lupa ambik gambar...
Ni yang ada pun masa dah nak balik dah...tengah dok mensyuarat nak pergi mana lagi....perut dah kenyang mata dah mengantuk....kalau ikut nak balik tidur aja..hahahah. Tapi bila mengenang kan bila lagi nak dapat peluang berjalan beramai-ramai macam ni dan pergi menziarah sanak saudara, kami tukar pendapat pergi ziarah adik mak plak kat bandar bharu kedah.





Ha ni masa kami kat rumah adik mak kat bandar bharu kedah tulah. Tapi mak tak dapat nak datang sebab nak kena jaga nenek aku tulah kat rumah. Macam yang aku cakap tadi...kan anak2 dia ramai..cuma mak aku dan adik dia 2 orang tu aja yang nak jaga...ni rumah yg kami pergi ni salah sorang adik dia yang nak jaga nenek aku ni. Kesian kan.....huhuhu.




So itu ajalah cerita aku pasai hari raya aku...hari raya ketiga kami tak kemana2..cuma menghabiskan masa kat rumah aja sebelum keesokannye nak bertolak balik ke Kl....malam tu plak kami ke Tesco Taiping...ya Allah...punya lah ramai orang..apa yang dia orang buat tak taulah...heheh..sama cam aku juga kot..saja nak merayau...hahah.