Sunday, September 29, 2013

Furniture

Alhamdulillah... furniture baru dah sampai semalam. Katil norman dan alicia pun dah sampai.

So malam tadi budak2 minta tidur kat rumah baru.. hehe rasmi tidir rumah baru lah semalam.

Wednesday, September 25, 2013

Langsir

Alhamdulillah langsir dah siap.... cepat jugak auntie rosni jahit langsir ni . Dalam lebih kurang 2 minggu jugak lah.
Aku amat berpuas hati dengan hasil kerja nya.. kain langsir ni aku beli sendiri , semeter 5 ringgit sahaja untuk night curtain dan 7 ringgit semeter untuk day curtain. Walau pun murah tapi hasilnya cukup dah puas hati. Ada ituhari aku tengok Elyza semeter paling murah 69 ringgit semeter huhu... kalau kali dengan 200 meter dah berapa ribu weiiiii... mahal giler.
Ini kat bahagian living room. Meja makan belum ada lagi.. insyaallah nnt2 lah.. slow2 dulu. Furniture untuk living room sabtu ni sampai. Nnt aku update lagi ok :-).

Saturday, September 21, 2013

Happy birthday

Happy birthday untuk anak teruna aku dan juga anak sedara kembar aku.... beza birthday diaorang hanya 4 hari sahaja... Norman pada 20 september , wana dan wani adalah pada 16 september.

Semoga korang membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Berjasa pada maka ayah, agama, bangsa dan negara.

Friday, September 13, 2013

Picture

Alhamdulillah. .. hari ni husband tolong gantung gambar lukisan anak teruna aku norman... suka frame hasil tangan anak2 dan gantung.. cantik ... tak payah beli lukisan2 lain ... anak2 pun rasa dihargai...

Yang gambar shophouse tu aku punya.. yg tu aku buat dengan mother in law aku 10 tahun yg lepas kalau tak silap aku...

Nanti nak gantung gambar lukisan alicia pulak... ada banyak lagi...insyaallah.

Thursday, September 12, 2013

My contractor :-)

Hehe kalau hubby tau aku ambik gambar dia tgh buat kerje ni mati aku hahah...

Sendiri pasang senang.. nasib baik dia pandai bab2 bertukang n8.. alhamdulillah.. tak payah panggil org luar.. kadang2 dia orang charge kita giler2..

Daun kari

Alhamdulillah.. nampak gaya daun kari aku menunjukkan progress yang sangat memberangsangkan.... daun kari ni bukan aku yangvtanam tapi kawan suami hehehe.. tangan di sejuk insyaallah... hidup dengan segar nanti...

Tangan aku panas.. org tua2 kata kalau tangan panas tak menjadi apa yg kita tanam.. Wallahhualam. ..

Lepas ni kalau nak masak senang, tak payah nak beli2 lagi... mahal giler kalau beli kat kedai ni...

Friday, September 6, 2013

Langsir

Proses pemasangan railing langsir sedang berjalan... langsir tak siap lagi heheh. Takpa biar semua kerja2 kotor siap dulu baru boleh kemas rumah dan pindah barang2 masuk slow2..

Insyaallah lagi 2 minggu langsir boleh siap dan kita boleh pasang... tak sabarnya nak tunggu langsir siap :-)...